4.4 PELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FPK
Halaman ini menyediakan nota ringkas bagi tajuk 4.4 : Pelaksanaan Pendidikan menurut FPK
1. Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan.
Rajah 1.1 menunjukkan usaha berterusan yang perlu dilakukan oleh semua pihak.
2. Pendidikan ke arah mengembangkan lagi potensi murid dan membangunkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid.
- Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan.
- Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu.
- Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan mengembangkan potensi setiap murid sehingga mencapai ke tahap cemerlang.
- Potensi individu dilihat dari empat aspek kecerdasan iaitu intelek (IQ), rohani (SQ), emosi (EQ) dan jasmani (PQ).
3. Mendidik secara menyeluruh & bersepadu.
- Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan.
- Oleh itu, pendidikan keempat-empatnya hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh kerana perkembangan potensi ini tidak boleh dipisahkan dan saling berkaitan antara satu dengan yang lain.
- Kesemua potensi juga hendaklah dihubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dilaksanakan secara seimbang dan harmoni.
- Pendidikan menyeluruh dan bersepadu ini berteraskan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan.
4. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis.
- Kesimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan tiada aspek tertentu yang terabai.
- Seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama.
- FPK jelas menegaskan pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.
5. Berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
- Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara.
- Mempunyai kepercayaan kepada agama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam pembangunan diri individu.
BERIKUT MERUPAKAN LINK GAME 🎮 YANG KAMI SEDIAKAN BERKAITAN TAJUK 4.4 INI :
GAME 4.4 PELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FPK
🎮 CARA BERMAIN 🎮
STEP 1 : KLIK BUTANG MULA (START) YANG TERPAPAR PADA SKRIN ANDA UNTUK MEMULAKAN PERMAINAN.
STEP 2 : KLIK BUTANG ➜ UNTUK MENJAYAKAN MISI ANDA.
STEP 5 : SELESAIKAN KESEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN DENGAN TEPAT AGAR PEMAIN BOLEH MEMBUKA KUNCI BASE KEDUA.
STEP 6 : SETELAH PEMAIN BERJAYA MENYELESAIKAN MISI PADA BASE PERTAMA, PEMAIN BOLEH MENGAKSES MISI PADA BASE KEDUA.
STEP 7 : TERUSKAN BERMAIN DENGAN MENYELESAIKAN SEMUA MISI YANG TERDAPAT PADA BASE SATU HINGGA BASE KELIMA.
SKRIN INI AKAN TERPAPAR SETELAH PEMAIN BERJAYA MENYELESAIKAN SEMUA MISI.
Ulasan
Catat Ulasan