Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2025

PENGENALAN

Imej
  Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Selamat datang ke Blog Kurikulum sebagai wahana menterjemah falsafah pendidikan kebangsaan   Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami, Dr. Siti Rahaimah binti Ali, atas bimbingan dan ilmu yang telah dikongsikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sokongan beliau amat membantu kami memahami dengan lebih mendalam tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kami telah memilih tajuk Unit 4 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Huraian Jadi di dalam blogspot ini akan kami kongsikan nota berserta link permainan sebagai tanda mahasiswa/mahasiswi faham akan tajuk berkenaan. Berikut merupakan tajuk yang berkait : -  4.4 Pelaksanaan pendidikan menurut FPK -  4.5 Matlamat pendidikan yang dihasratkan FPK -  4.6 Peranan guru dalam mencapai matlamat FPK  

JUSTIFIKASI

  Blog ini dibangunkan sebagai platform interaktif untuk membantu pelajar memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melalui permainan dalam talian. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, malah menggalakkan penerapan nilai murni dan pembangunan potensi diri secara seimbang, seperti yang ditekankan dalam FPK. Melalui permainan ini, pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan, memupuk semangat perpaduan, dan memperkembangkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek. 1.   Menyediakan Medium Pembelajaran Interaktif Permainan dalam talian adalah salah satu cara efektif untuk menarik minat pelajar dalam memahami FPK. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses pendidikan, berbanding hanya menerima maklumat secara pasif melalui kaedah tradisional. 2.  Selari dengan Matlamat FPK Blog ini direka berdasarkan prinsip utama FPK yang menekankan...

4.4 PELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FPK

Imej
  Halaman ini menyediakan nota ringkas bagi tajuk  4.4 : Pelak sanaan Pendidikan menurut FPK 1.    Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan. Rajah 1.1 menunjukkan  usaha berterusan  yang perlu dilakukan oleh  s emua pihak. Rajah 1.1 2.   Pe ndidikan ke arah mengembangkan lagi potensi murid dan m embangunkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid. Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan.  Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan mengembangkan potensi setiap murid sehingga mencapai ke tahap cemerlang.   Potensi individu dilihat dari empat aspek kecerdasan iaitu intelek (IQ), rohani (SQ), emosi (EQ) dan jasmani (PQ). Rajah 1. 2 menunjukkan  aspek yang akan  mengembangkan lagi potensi...

4.5 MATLAMAT PENDIDIKAN YANG DIHASRATKAN FPK

Imej
  4.5.1) MATLAMAT INTRINSIK KRITERIA & KETERANGAN 1. Berilmu pengetahuan - Gemar membaca - Berfikiran luas dan terbuka - Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain 2. Berketerampilan - Ada kebolehan dalam melaksanakan tugas - Sempurnakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang 3. Berakhlak mulia - Mengetahui nilai baik dan buruk - Sedari kesan perbuatan baik dan buruk - Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan 4. Pegangan agama - Ikut dan amalkan ajaran agama - Akui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta - Sedari manusia bertanggungjawab atas perbuatan sendiri 5. Bertanggungjawab - Sedari tugas dan tanggungjawab ialah amanah - Jalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah - Sedari tugas dan tanggungjawab mesti dilakukan dengan sempurna 6. Sejahtera diri - Wujudkan hubungan baik - Fikiran waras, jiwa tenang dan badan sihat - Ada daya dan ketahanan diri kuat untuk hadapi cabaran hidup 4.5.2) MATLAMAT EKSTRINSIK (Sumbangan Setiap Warganegara) 1. Sumba...

4.6 PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Imej
Halaman ini mengandungi nota bagi topik 4.6 iaitu "Peranan Guru Ke Arah Mencapai Matlamat Falsafah Matlamat Pendidikan (FPK) " yang menerangkan komponen tertentu serta soalan-soalan untuk menguji pemahaman dan pengetahuan pembaca mengenai topik ini. Ini merupakan nota bagi 4.6 peranan guru ke arah mencapai matlamat FPK.Bagi memudahkan bacaan anda,anda boleh klik "  NOTA 4.6 " ini. Rajah 1.1 menunjukkan 5 komponen bagi peranan guru ke arah mencapai matlamat FPK Berikut merupakan link soalan yang berbentuk permainan yang telah disediakan berkaitan tajuk 4.6 PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT FPK :  "  PERMAINAN 4.6 PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT FPK  " Berikut merupakan cara bermain bagi link soalan yang berbentuk permainan diatas 🎮🎮🎮: LANGKAH PERTAMA :  Sila tekan link yang telah diberikan.Pada halaman pertama,anda perlulah klik pada tulisan "open". LANGKAH KEDUA : Pastikan kamu telah membaca nota 4.6 yang telah disediakan dalam blo...